TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Dua lelaki ditahan, baling batu ke arah bas penyokong bola sepak

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 24 Jun - Dua lelaki berusia lingkungan 17 hingga 20 tahun ditaham selepas didakwa membaling batu ke arah bas yang membawa penyokong sebuah kelab bola sepak tempatan.

Ketika kejadian bas itu sedang membawa penyokong kelab bola sepak yang selesai menyokong perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Ketika melalui lebih raya NKVE menghala ke arah utara, dua suspek yang menaiki motosikal telah membaling batu ke arah bas yang membawa penyokong itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 8.49 malam semalam.

"Kedua-dua suspek telah ditangkap sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapat kedua-duanya tidak mempunyai rekod lampau.

"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu kes khianat yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan dan tidak terlibat dengan sebarang pelanggaran undang-undang.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai malumat berkenaan pelakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - Media Telus

#BOLASEPAK #BALINGBATU #PERAK #SELANGOR 

+ - reset