TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Isu saham MAHB: Fayshal tak faham konsep minoriti - Pemuda Harapan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 24 Jun - Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal didakwa tidak memahami konsep minoriti dalam isu pegangan ekuiti korporat.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan, Ammar Atan, berkata ini kerana terdapat perbezaan pemilikan terus BlackRock dalam syarikat tersenarai tempatan dengan pegangan tidak langsungnya dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) selepas penswastaan.

"Hakikatnya, sama ada lima atau 25 peratus pemilikan saham, ia tetap pegangan mino

riti. Pemilik ekuiti minoriti tidak ada kuasa menentukan keputusan terakhir mana-mana syarikat.

"Dalam konteks MAHB, kerajaan akan memiliki 70 peratus. Pegangan ekuiti (bakal) oleh Global Infrastructure Partners (GIP) adalah jauh lebih rendah. Undi 70 peratus kerajaan akan mengalahkan undi 25 peratus GIP.

"Paling penting, kerajaan akan terus memiliki 'golden share' dalam MAHB. Bermakna kerajaan memiliki kuasa paling utama atau veto," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal dilaporkan akan mengemukakan usul meminta kerajaan menarik semula keputusan penjualan sebahagian saham MAHB kepada GIP.

Usul itu dikemukakan di Dewan Rakyat dibawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

Wan Ahmad Fayhsal berkata sebelum ini, usul yang sama sudah dihantar di bawah Peraturan Mesyuarat 27(1) dan 27(3) pada awal Jun lalu sebagai usul persendirian yang dijadikan sebahagian daripada Aturan Urusan Mesyuarat (Ahli Bukan Kerajaan) bagi pertimbangan untuk dibahaskan.

Pada 15 Mei lalu, Gateway Development Alliance (GDA) dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki oleh Konsortium, pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham yang bersamaan dengan RM18.4 bilion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia - Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam pada itu, Ammar yang juga Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional berkata BlackRock sudah lama memiliki saham minoriti dalam syarikat di Bursa Malaysia.

"Pegangan tidak langsung menerusi GIP dalam MAHB juga adalah sama. Malah, Pakatan Harapan menerima baik komitmen GIP yang dinyatakan secara terbuka baru-baru ini bahawa BlackRock tidak akan campur tangan dalam pengurusan GIP dan pengurusan semasa akan mengekalkan kuasa penuh terhadap hala tujunya.

"Ketika ini, BlackRock masih belum menyelesaikan pembelian ekuitinya dalam GIP. Justeru, keputusan Khazanah Nasional bekerjasama dengan GIP tidaklah bersandarkan BlackRock," katanya.

#MAHB #SAHAM #FAHSYAL

+ - reset