TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PRK Sungai Bakap: MIC turun padang bantu kempen calon PH

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Jun - Bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Sungai Bakap, MIC akan turun padang berkempen bersama Joohari Ariffin yang mewakili kerajaan perpaduan. 

Presiden MIC SA Vigneswaran berkata jentera parti itu akan cuba sedaya upaya meraih undi masyarakat India di DUN itu yang merangkumi lebih 17% daripada jumlah keseluruhan pengundi.

“Pada PRK ini, walaupun kita tidak membuka bilik gerakan sendiri tetapi kita akan bekerja di bilik gerakan Barisan Nasional,” katanya semasa penamaan calon jawatan tertinggi MIC kepada BERNAMA.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi PRN 2023, DUN Sungai Bakap mempunyai 38,409 pemilih dengan 59.36% pengundi Melayu, 22.54% (Cina), 17.39% (India) dan 0.71% lain-lain.

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari yang merupakan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara dan calon Perikatan Nasional iaitu bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

SPR menetapkan hari mengundi awal bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 2 Julai ini manakala 6 Julai ialah hari mengundi.

 

#MIC #KEMPEN #PRK #SUNGAIBAKAP

+ - reset