Berita Politik
Pertembungan dua penjuru, PH jumpa PN di PRK Sungai Bakap
NIBONG TEBAL 22 Jun - Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan empat mata dengan dua calon iaitu Dr Joohari Ariffin daripada Kerajaan Perpaduan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.
Dr Joohari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala Abidin daripada Pas.
Mereka telah menghantar borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim yang kemudiannya telah mengesahkan penyertaan mereka.
Dr Joohari menyerahkan borang penamaan pada jam 9.05 pagi sambil diiringi pencadang, Setiausaha Cabang PKR Nibong Tebal, S Galaimani dan penyokong, Ketua Puteri UMNO, Ameera Nadia Mohd Shafiee.
Kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin (kanan) dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail (kiri)
Sementara itu, Abidin pula menyerahkan borang penamaan pada jam 9.15 pagi dengan diringi pencadang, Bendahari Jentera Pilihan Raya PN, Abdul Rahman Hashim dan penyokong Setiausaha Jentera Pilihan Raya PN, Amizan Ariffin.
Ketika sesi cabutan undi untuk menentu nombor dalam kertas undi, Dr Joohari memperolehi nombor satu manakala Abidin nombor dua.
Kesemua calon tersebut disahkan penyertaan mereka oleh Khairulnizam di pekarangan Dewan Serbaguna Jawi pada jam 10.18 pagi.
Kerusi DUN Sungai Bakap telah dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu.
Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi di dalam perut.
Nor Zamri dari Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Bakap akan diadakan pada 6 Julai ini.
Sementara penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun.
#PRK #SUNGAIBAKAP #PH #PN
Berita berkaitan
July 8, 2024, 3:20 pm
PAS kuat bohong, UMNO tolak kerjasama selagi Abdul Hadi jadi Presiden - Ahmad Zahid
July 8, 2024, 11:57 am
PN kini jadi pilihan utama pengundi Melayu - Razali
July 7, 2024, 10:49 am
PRK Sungai Bakap: PH kalah sebab subsidi bersasar diesel
July 5, 2024, 9:52 am
Kecewa Najib gagal cabar Titah Adendum, Noh Omar sah sertai BERSATU
July 4, 2024, 1:09 pm
Dua projek dilaksana jika calon PH menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
July 3, 2024, 12:40 pm
PRK Sungai Bakap: Polis buka dua kertas siasatan
July 3, 2024, 11:04 am
Raih sokongan pengundi muda, calon PH akan menang PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
June 28, 2024, 3:02 pm
'Saya sudah pencen' - Tok Pa tetap tidak akan bertanding PRU, PRK
June 28, 2024, 12:43 pm