TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Cef Wan reda bayar RM150,00 kepada bekas menantu, letih hadap drama keluarga

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Jun - Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada Khamis yang memerintahkannya membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas menantunya.

Ganti rugi itu berkaitan dengan penerbitan berunsur fitnah terhadap Gavin Edward O'Luanaigh di platform media sosial.

Chef Wan menerusi satu kenyataan pada Jumaat berkata, dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk meneruskan kehidupannya.

"Malam tadi (Khamis) saya dimaklumkan oleh peguam saya mengenai berita terbaru ini, selepas rayuan dibuat oleh pihak lawan, selepas beliau tewas di Mahkamah Tinggi tahun lalu.

"Kami telah berjuang selama lebih tiga tahun, jika tidak silap saya, dengan membawa semua saksi. Akhirnya, saya memenangi kes tersebut dan dianugerahkan RM25,000," kata Chef Wan.

Chef Wan berkata, wang ganti rugi yang diterima itu, bersama tambahan RM60,000 daripada duitnya sendiri, telah didermakan sepenuhnya kepada Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia kerana dia tidak memerlukan wang itu.

Pada awal tahun ini, katanya, dia dimaklumkan mengenai rayuan yang dibuat oleh bekas menantunya itu, yang membawa keputusan memihak kepada O'Luanaigh.

"Walaupun saya berusaha membuktikan kebenaran, peguam saya mengatakan cara saya menyerang dia di media sosial adalah salah.

"Jadi, bukanlah cerita saya yang tidak betul. Oleh kerana itu, saya terima keputusan mahkamah itu," katanya.

Chef Wan juga menyatakan keletihannya menghadapi drama keluarga yang berpanjangan, sambil menambah, keputusan mahkamah ini bagaimanapun membolehkan beliau dan keluarganya bergerak ke hadapan.

Beliau turut menekankan bahawa wang tersebut tidak begitu penting baginya dan beliau lebih mengutamakan ketenangan dan kebahagiaan keluarganya.

"Yang baiknya, kami akhirnya berjaya menghilangkan dia dari kehidupan kami dan anak perempuan saya kini lebih bahagia. Alhamdulillah," katanya. - Media Telus

#CHEFWAN #MAHKAMAHRAYUAN #GANTIRUGI

+ - reset