TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

BN nyata kesediaan bertanding di PRK Nenggiri

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 21 Jun - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) jika kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan disahkan kosong oleh mahkamah.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN kehilangan kerusi itu pada pilihan raya negeri sebelum ini dengan hanya lebih 800 undi.

Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, sebagai sebahagian daripada persiapan, BN memberi tumpuan kepada pengumpulan data terkini dan menggerakkan jentera mereka di peringkat akar umbi.

"Bagi BN, kekalahan kami hanya lebih sedikit daripada 800 undi, jadi jika ada PRK, kami (akan menganggap diri kami) underdog (di kawasan ini).

"Kita menghormati keputusan yang dibuat oleh speaker DUN Kelantan. Namun kita juga perlu menghormati perkara ini telah dibawa ke mahkamah.

"Walaupun pelbagai pendapat daripada penganalisis politik dan pengamal undang-undang, kami percaya ia perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program pertemuan khas bersama peserta dan penganjur piala pertengahan musim Mobile Legends: Bang Bang 2024, Moonton Games Malaysia, yang berlangsung di sini hari ini.

Kerusi DUN Nenggiri dipegang oleh ahli Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim yang juga ahli Parlimen Gua Musang.

Beliau mengisytiharkan sokongannya kepada kerajaan perpaduan  padatahun lepas. Bagaimanapun, beliau juga berkata akan terus menyokong kerajaan negeri pimpinan PAS.

 

Ketika ditanya sama ada Azizi patut diberi peluang bertanding semula di bawah BN, Zahid berkata perkara itu boleh dibincangkan.

"Saya rasa pendirian kita ialah di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya kecil, keutamaan harus diberikan kepada penyandang sekiranya mereka datang daripada parti komponen dalam kerajaan ini.

"Kami menghargai calon BN juga disokong oleh jentera kerajaan perpaduan, dan ini yang kami lakukan sekarang di Sungai Bakap. Tidak mustahil untuk melakukan perkara yang sama di Dun Nenggiri," katanya.

Pada Rabu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi DUN Nenggiri kosong, memberi laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil.

Amar berkata, kerusi itu diisytiharkan kosong berkuat kuasa pada hari itu, berikutan pemberitahuan penamatan Azizi oleh Bersatu, yang diterima pada 13 Jun lalu. - Media Telus

#DUNNENGGIRI #PRK #AHMADZAHIDHAMIDI #BARISANNASIONAL

+ - reset