TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Santai

Seafood Festival 2024 kumpul pakar makanan 'seafood' seluruh negara

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 20 Jun - FriedChillies dan Sunway Putra Mall akan menganjurkan Seafood Festival 2024 yang diadakan di pusat beli-belah itu pada 22 hingga 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FriedChillies, Mohd Adly Rizal berkata, festival itu akan mengumpulkan cef-cef terkenal khusus untuk pencinta makanan seafood.

"Sudah menjadi kebiasaan buat kami untuk mencari tempat-tempat makanan yang tersembunyi untuk dikumpulkan di bawah satu bumbung khusus buat semua kaki makan.

"Festival ini juga menghidangkan makanan dengan harga yang 'mampu beli' supaya semua yang datang ke pesta ini boleh menikmati juadahd dari pakar seafood tanah air," katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra, Danny Lee berkata, selepas penganjuran Nasi Kandaq Fest yang mendapat sambutan hangat, pihaknya mahu menganjurkan lebih banyak acara makanan.

"Kami mengolah pusat beli-belah ini sebagai tempat untuk bersantai, berkumpul dan mencuba sesuatu yang baru. 

"Lokasi Sunway Putra yang dekat dengan stesen pengangkutan awam dan juga servis e-hailing membuatnya tempat yang sesuai untuk kawan-kawan
dan ahli-ahli keluarga berkumpul dan bersukaria di acara-acara kami," katanya.

Menerusi program ini, sebanyak 15 gerai akan berada di luar menghidangkan pelbagai jenis masakan seafood dan ruang legar mall akan menjadi lokasi untuk makan.

Antara vendor yang turut serta ialah Penang Oyster Park, Kingu Kongu, Mros, Ombak Kitchen, Grill Haven, Ikan bakar Bellamy, Crispy Chippy, Cwtch Fish and Chips, Top Catch, Bolok Troops dan Sushika.

Selain tu, festival ini juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan makan Man vs Food, persembahan ‘live’ dan demo seafood chowder oleh Cef Bob Adnin selaku cef untuk Ombak Kitchen. - Media Telus

#SEAFOODFESTIVAL #SANTAI

+ - reset