Berita Politik
Kosongkan kerusi DUN Selat Klang juga, kembalikan hak rakyat - Ahmad Fayhsal
KUALA LUMPUR 20 Jun – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Lau Weng San untuk turut mengisytiharkan kekosongan bagi kerusi DUN Selat Klang.
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan berkenaan perlu susulan keahlian penyandang kerusi berkenaan gugur setelah meninggalkan perjuangan parti.
“Tindakan ini selaras dengan kehendak rakyat dan sebagai menghormati matlamat demokrasi di sebalik Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada tahun 2022.
“Adalah penting agar hak dikembalikan dan mandat baharu ditentukan semula oleh rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.
Sebelum ini media melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.
Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal memberitahu bahawa tindakan itu selaras dengan Seksyen 31A Enakmen Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil (PRK) diadakan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk mengikuti jejak langkah Speaker DUN Kelantan bagi mengisytiharkan kekosongan di 6 buah kerusi Parlimen. - Media Telus
#DUN #SELATKLANG #KERUSI
Berita berkaitan
November 29, 2024, 9:01 am
Azmin Ali sah dilantik Setiausaha Agung Bersatu penggal 2024-2027
November 27, 2024, 3:35 pm
Asyraf Wajdi dedah ramai ahli keluar UMNO mahu rujuk semula
November 27, 2024, 10:53 am
Selisih faham lebih dua tahun selesai, Tajuddin ucap terima kasih kepada Ahmad Zahid
November 26, 2024, 11:11 am
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung BERSATU
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am