Berita Sukan
Padang rosak: Hannah beri bayangan Hans masih 'selamat'
![image](https://imgs.mediatelus.com/IMG_1420.jpeg)
KUALA LUMPUR 27 Mac - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberi bayangan Datuk Hans Isaac akan kekal selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sehingga kontraknya tamat pada Jun tahun depan di sebalik desakan mahukan beliau meletak jawatan.
Hannah berkata setiap keputusan berkaitan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang sering menerima kritikan diputuskan secara bersama oleh Lembaga Pengarah PSM.
Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi PSM bagi sesi 2023-25 bermula pada Jun tahun lalu.
"Hans Isaac dilantik bagi tempoh dua tahun dan saya percaya dalam PSM sekarang segala keputusan dibuat bersama Lembaga Pengarah.
"Lembaga Pengarah sudah mengambil keputusan untuk rumput selepas konsert Coldplay, bagi kepada pakar untuk masuk dan lakukan tugas, itu adalah keputusan Lembaga Pengarah. Jadi, kita kena tunggulah," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), malam tadi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan berhubung desakan pelbagai pihak yang mahukan Hans Isaac meletak jawatan susulan kerosakan padang yang sering berlaku di Stadium Nasional sehingga menjejaskan perlawanan membabitkan Harimau Malaya.
Menurut Hannah, selepas konsert Coldplay pada November tahun lalu, PSM mendapatkan khidmat pakar rumput dari Australia bagi melakukan segala perancangan untuk penjagaan rumput di stadium itu.
"Sebab itu, selepas perlawanan malam ini (Malaysia menentang Oman pusingan kelayakan Piala Dunia) kita nilai dulu.
"Saya juga akan bermesyuarat untuk mendengar dan dapatkan maklum balas daripada pakar rumput kerana saya mahu pastikan terus ada penambahbaikan.
"Seperti yang saya jelaskan di Parlimen, kita tiada pilihan di mana saya ada dua stadium. Disebabkan saya tiada dua pilihan itu, kita kena pastikan kita jaga rumah untuk Harimau Malaya dan pada masa yang sama kita juga kena bagi ruang untuk konsert.
"Hasil daripada konsert semua masuk ke akaun perbadanan stadium dan dalam tabung berkenaan kita belanja untuk naik taraf stadium," katanya.
Dalam pada itu, Hannah mengesahkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi tamat minggu lalu dan beliau mempelawa calon yang berkelayakan untuk menghantar permohonan bagi mengisi kekosangan jawatan itu.
Pada masa sama beliau turut memaklumkan Iliyas Jamil dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi PSM. - Berita Harian
#isu #padangrosak #hannahyeoh #hansisaac #jawatan
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am