Berita Sukan
Habib Haroon mahu KDA FC jadi pasukan disegani dalam Liga M
![image](https://imgs.mediatelus.com/kapsyen-4.jpg)
KUALA LUMPUR 27 Mac - Bekas Ketua pasukan Terengganu FC (TFC), Habib Haroon berazam untuk membawa pasukan baharunya, Kedah Darul Aman (KDA) FC kekal muncul antara pasukan yang disegani di Liga Malaysia (Liga-M) 2024-2025.
Pemain yang beraksi di posisi tengah itu mahu membawa Sang Kenari sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik musim ini.
Menurutnya, kejayaan membawa TFC ke pentas final pada kejohanan piala musim lalu mahu diulangi bersama KDA FC.
"Saya mengimpikan membawa KDA FC mara ke final kejohanan piala seperti ketika saya bersama TFC.
"Saya bertuah kerana dapat merasai pentas akhir sebanyak dua kali dan saya cukup menghargai pencapaian ini," katanya.
Pemain berusia 23 tahun itu mengakui gembira kerana kembali bergabung dengan Ketua Jurulatih KDA FC, Nafuzi Zain yang mengendalikan TFC sebelum ini.
Jelasnya, Sang Kenari adalah pasukan impian yang mahu diwakilinya dalam saingan Liga-M ini dan mendedahkan sepatutnya bersama KDA FC musim lalu namun tidak kesampaian.
"Saya teruja kerana mendapat pelawaan daripada Nafuzi yang menghantar mesej menyatakan beliau mahukan khidmat saya bersama pasukan Kedah.
"Jadi, saya tidak perlu mengambil masa lama membalasnya dengan menyatakan yang saya akan bersama pasukannya," ujar beliau lagi.
#HABIBHAROON #KDAFC #KEDAH #BOLASEPAK #SUKAN
Berita berkaitan
July 4, 2024, 11:48 am
Bekalan selesa 5 gol, JDT tetap anggap MUFT bukan lawan mudah
July 2, 2024, 2:27 pm
MOM setuju tukar baju kontinjen Malaysia, rekaan baharu lebih 'garang'
July 2, 2024, 10:12 am
Pemain badminton remaja China meninggal akibat serangan jantung
July 1, 2024, 12:02 pm
Pemain badminton China meninggal dunia di gelanggang
June 30, 2024, 11:24 am
Menang 5-0, Bidoglio akui tak mudah lawan MUFT
June 28, 2024, 11:26 am
JDT turun kesebelasan terbaik lawan MU
June 27, 2024, 2:35 pm
Derbi utara, KDA FC sedia tewaskan Penang FC kali kedua
June 26, 2024, 4:31 pm
Selangor FC ada 4 hari lagi kemuka rayuan - MFL
June 26, 2024, 2:21 pm
Selepas Altimet, Datuk Rizam sumbang separuh gaji bayar denda Selangor FC
June 26, 2024, 10:19 am