TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Lebih 1.5 juta umat Islam tiba di Arab Saudi untuk tunaikan haji

By
|
Kongsi
image

MAKKAH 12 Jun – Arab Saudi merekodkan kedatangan lebih 1.5 juta jemaah dari seluruh dunia di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji setakat kelmarin.

Direktorat Am Pasport mengumumkan ketibaan seramai 1,547,295 juta jemaah pada musim haji kali ini dan mereka tiba melalui pelabuhan laut, darat dan udara sehingga penghujung Isnin, 10 Jun.

Sebilangan besar jemaah haji asing datang melalui udara dan jumlah mereka mencapai 1,483,312 juta, termasuk jumlah jemaah yang tiba melalui pelabuhan darat ialah 59,273 jemaah serta 4,710 jemaah dari pelabuhan laut.

Direktorat memaklumkan, pihaknya menggunakan segala keupayaan yang ada bagi memudahkan prosedur kemasukan tetamu Allah.

Ia termasuklah menggunakan peranti teknikal terkini di platform pelabuhan udara, darat mahupun laut antarabangsa yang dikendalikan oleh pegawai berkelayakan serta mempunyai kemahiran pelbagai bahasa untuk membantu jemaah.

Sebelum ini, pasukan keselamatan Arab Saudi melakukan 'tindakan pembersihan' ke atas ratusan ribu jemaah tanpa permit haji yang berada di Makkah, sebelum ibadah itu bermula.

Pengurusan jemaah menjadi tumpuan utama Arab Saudi setiap kali musim haji dengan menurut statistik rasmi tahun lalu, lebih 1.8 juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan rukun Islam kelima itu .

Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA), berkata dalam tempoh beberapa hari lalu, individu yang dikesan tiada permit haji termasuk 153,998 warga asing yang memasuki Makkah dengan visa pelancong.

Selain itu, SPA turut memberitahu, seramai 171,587 individu lain dikenal pasti berada di Arab Saudi, namun mereka bukan dalam kalangan penduduk Makkah dan tidak mempunyai permit haji. – Agensi

#MAKKAH #HAJI #JEMAAH

+ - reset