TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Menentang Taiwan, ini 3 perkara jadi tumpuan untuk Harimau Malaya teruskan perjalanan di Kelayakan Piala Dunia

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 11 Jun - Tumpuan peminat bola sepak tempatan pada malam ini pasti tertumpu pada aksi antara Harimau Malaya menentang Taiwan dalam perlawanan akhir Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2027/Piala Asia 2027.

Bukan mudah untuk anak buah Kim Pan Gon melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 kerana Malaysia berada dalam keadaan bolos dua gol (-2).

Namun, apa pun boleh terjadi dan penganalisis sukan, Zakaria Rahim melihat tiga perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai misi mustahil skuad negara meneruskan perjalanan dalam kelayakan Piala Dunia.

Perkara pertama menurut Zakaria ialah, Malaysia harus menang.

"Walaupun barisan pemain yang akan bermain hari ini tidak sama dengan barisan yang telah dikalahkan skuad kebangsaan tahun lepas, bukan mustahil sebenarnya untuk mencatat kemenangan.

"Apatah lagi dengan kelebihan beraksi di halaman sendiri, potensi Malaysia untuk menang ke atas Taiwan memang ada," katanya.

Perkara kedua menurut Zakaria ialah jaringan yang besar dan perkara ini sangat luar biasa untuk dilakukan.

Jelasnya, melihat kepada perlawanan menentang Kyrgystan sebelum ini, serangan skuad kebangsaan memang tumpul.

"Malaysia perlu kaji jika Taiwan melakukan taktikal 'park the bus', apa yang perlu dilakukan dan bagaimana usaha menembus parking itu.

"On target shoot, gol dari bola mati dan gol dan sepakan sudut harus jadi tumpuan utama selain gol padang," katanya.

Ketiga pula menurutnya ialah menerusi bantuan Oman dan perkara ini sebenarnya di luar kawalan dan kuasa Harimah Malaya.

"Kyrgyzstan walaupun dilihat sedang menghampiri pintu pusingan ketiga tapi rakyat mereka mengamuk kerana gagal balas dendam atas kekalahan di Kuala Lumpur tahun lepas. 

"Apatah lagi ia berlaku di stadium lampu tak cukup mereka. Maka, Kurgyzstan yang hanya perlukan seri sahaja esok pastinya hadir ke Muscat dengan misi menang, bukan seri," katanya.

Jelasnya, apa yang pasti Malaysia mempunyai defisit dua gol dan Kyrgistan pula ada kelebihan 6 gol.

"Ini bermakna Malaysia perlukan sembilan gol beza. Seandainya Malaysia menang 5-0 esok, sejurus lepas game pada jam 12 tengah malam semua kita kena tunggu dan sokong Oman untuk menang min 3-0 untuk jadikan total sembilan gol. 

"Harus diingat, perlawanan Oman vs Kyrgystan bermula sebaik tamat perlawanan negara.Ini bermakna mereka akan tahu kedudukan kumpulan sebelum mereka mula sepak bola. Andai Malaysia berjaya menang 9-0 atau kurang, Kyrgiz hanya perlukan seri atau jaringkan 1 gol sahaja untuk tutup pintu Malaysia serapat-rapatnya," katanya.

Tambahnya, secara perspektifnya, Malaysia perlu sasarkan kemenangan esok dengan 10 gol tanpa bolos. - Media Telus

#HARIMAUMALAYA #TAIWAN #BOLASEPAK #KIMPANGON

+ - reset