TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Remaja rebah paru-paru pecah akibat hisap vape

By
|
Kongsi
image

LONDON 10 Jun – Seorang remaja perempuan melalui detik hitam hidupnya apabila nyaris maut selepas paru-paru pecah dan berlubang akibat menghisap rokok elektronik (vape) dalam satu kejadian bulan lalu.

Remaja berkenaan dikatakan menghisap vape yang menyamai jumlah 400 batang rokok konvensional dalam masa satu minggu atau 57 batang sehari, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kyla, 17, dilaporkan rebah dan kulitnya berubah ‘kebiru-biruan’ ketika menginap di rumah seorang rakan, 11 Mei lalu.

Kyla berkata, dia tidak menyangka tabiat itu akan mengancam nyawanya termasuk mengakibatkan kantung udara paru-parunya menjadi kecut dan pecah akibat menghisap vape secara berlebihan.

Remaja perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan lebih lima jam untuk mengeluarkan sebahagian paru-parunya.

“Ketika saya berumur 15 tahun, ia (vape) mula menjadi popular. Semua rakan saya menghisapnya, saya fikir ia tidak berbahaya dan saya akan baik-baik saja.

“Saya mengambil kira-kira  4,000 sedutan dalam masa seminggu,” kata Kyla.

Pengalaman pahit itu membuatkan Kyla trauma dan berhenti menghisap vape serta merta.

Bapa Kyla, Mark Blythe turut menasihati orang ramai terutamanya golongan muda supaya tidak terjebak dengan rokok elektronik kerana ‘ia tidak berbaloi’. – AGENSI

#VAPE #REMAJA #LONDON

+ - reset