TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Modi angkat sumpah Perdana Menteri penggal ketiga Ahad ini

By
|
Kongsi
image

NEW DELHI 7 Jun - Perdana Menteri India, Narendra Modi bakal mengangkat sumpah untuk penggal ketiga Ahad ini.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap parti kedua terbesar dalam Perikatan Demokratik Kebangsaan (NDA) memberitahu Reuters.

NDA pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang diterajui Modi memenangi 293 kerusi dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak tujuh minggu lalu.

Modi akan menjadi orang kedua selepas wira kemerdekaan India dan Perdana Menteri pertama Jawaharlal Nehru yang memegang jawatan selama tiga penggal berturut-turut.

Kelmarin, Modi memulakan proses membentuk kerajaan campuran menerusi rundingan dengan parti sekutu utamanya.

Ini berikutan parti pimpinan Modi, BJP gagal mencapai majoriti mudah dalam pilihan raya umum (PRU) 2024 yang menyaksikan persaingan sengit.

Pertemuannya bersama pemimpin perikatan diadakan di kediaman perdana menteri, dengan perbincangan tertumpu pada tuntutan untuk membentuk kerajaan seterusnya.

Antara yang hadir termasuk pemimpin parti gabungan NDA yang memenangi 292 kerusi di Lok Sabha atau Dewan Rendah Parlimen yang mempunyai 543 kerusi selepas kiraan undi Selasa lalu.

+ - reset