TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Seri lawan Kyrgystan, penyokong pertikai taktikal KPG

By
|
Kongsi
image

Oleh Azrul Radi

KUALA LUMPUR 7 Jun - Keputusan perlawanan antara Harimau Malaya (HM) menentang Kyrgystan yang menyaksikan keputusan seri 1-1 pada malam tadi cukup mengecewakan penyokong.

Keputusan perlawanan dalam Kumpulan D pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu mengakibatkan Malaysia berdepan laluan berliku selepas ini.

Rata-rata penyokong menyatakan rasa tidak puas hati terhadap taktikal HM pada perlawanan itu.

Muhammad Hairie Adam berkata, pemain gantian terlalu lewat dimasukkan ke padang dan HM bernasib baik dapat mencatat keputusan seri.

"Minit ke 85 baru nak masukkan pemain simpanan. Pemain penyerang dah penat Ketika itu yang mengakibatkan corak perlawanan juga mati. Mujur dapat keputusan seri sebab nampak macam hamper kalah," katanya.

Berkongsi pendapat hampir sama, seorang lagi penyokong, Panglima Alam Mohd Hanipiah berkata, walaupun tidak mencatatkan kekalahan, HM sudah boleh mengucapkan selamat tinggal pada Piala Dunia.

"Setiap jurulatih ada strategi tersendiri. Cuma perlu diakui yang semalam, Kim Pan Gon telah bua kesilapan.

"Keputusan membuat pertukaran pemain agak lewat memakan diri dan strateginya sendiri. Perlu diingat, Malaysia tidak ada kualiti player yang boleh buat 'game changer' kerana pemain negara bukan level EPL (English Premier League) yang boleh ubah perlawanan walaupun untuk tiga minit.

"Jadi untuk buat pertukaran lewat adalah satu strategi yang kurang bijak. Corak permainan pun masih belum cukup meyakinkan. Hantaran juga mudah di pintas dan corak permainan mudah dibaca pihak lawan," katanya.

Seorang lagi penyokong, Remey Isment Hisyaffuddin Romeli berkata, sepatutnya pemain simpanan patut dimasukkan pada minit ke 70 atau 75 di bahagian serangan

"Pertukaran awal boleh beri tekanan kepada pemain lawan di kawasan lawan," katanya.

Menerusi perlawanan semalam, Kyrgystan memperoleh gol pembukaan pada minit ke-24 berpunca daripada kelekaan pertahanan negara yang membolehkan Joel Kojo melakukan hantaran kepada Gulzhigit Alykulov yang tenang menewaskan Azri.

Harimau Malaya menyamakan kedudukan disebabkan  pertahanan Kyrgyzstan, Valery Kichin menanduk ke gawang sendiri berpunca sepakan percuma yang diambil oleh Endrick. - Media Telus

#BOLASEPAK #KYRGYSTAN #HARIMAUMALAYA #PIALADUNIA

+ - reset