Berita Ekonomi
Kuskop, Bank Rakyat peruntuk dana RM50 juta bangunkan usahawan India

KUALA LUMPUR 5 Jun – Sebanyak RM50 juta dana diperuntukkan bagi membiayai masyarakat India yang menceburi bidang keusahawanan melalui Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-I (BRIEF-i).
Program yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan dan Usahawan Koperasi (Kuskop) itu turut mendapat kerjasama Bank Rakyat bagi membangunkan ekonomi masyarakat India di negara ini.
Timbalan Menteri Kuskop, Datuk R Ramanan berkata, program pembiayaan itu direka khusus untuk usahawan komuniti India yang menjalankan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi penyediaan modal kerja dan perbelanjaan modal untuk membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan yang merangkumi pelbagai sektor.
"Selain itu, ia menawarkan pelbagai kelebihan berbanding program pembiayaan lain yang ada di pasaran iaitu kadar rata 6.50 peratus setahun dengan had pembiayaan antara RM1,000 hingga RM50,000 bagi perusahaan mikro.
"Bagi perusahaan kecil sederhana (PKS), kadar pembiayaan adalah pada kadar asas pembiayaan (KAP) ditambah 0.67 peratus setahun, termasuk yuran jaminan dengan had antara RM50,001 hingga RM1 juta.
"BRIEF-I juga menetapkan proses dokumentasi yang ringkas, jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) disediakan bagi pelanggan PKS dan perlindungan Takaful secara percuma bagi perusahaan mikro serta tidak memerlukan usahawan untuk mempunyai simpanan paksa (force savings) atau menyertai kumpulan bantuan diri (self-help group)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program BRIEF-i di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini pada Rabu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman dan Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.
"Perusahaan mikro mesti telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun dengan rekod Agensi Pelaporan Kredit (CTOS) dan Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) yang memuaskan.
"Manakala usahawan PKS mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun, mengekalkan rekod CTOS dan CCRIS yang memuaskan serta mempunyai nilai aset bersih yang positif.
"Selain itu, proses kelulusan bagi permohonan BRIEF-i ini hanya akan mengambil masa 14 hari bekerja sahaja," katanya.
Sementara itu, Mohd Irwan berkata, inisiatif ini merupakan usaha berterusan Bank Rakyat dalam menyokong dan memperkasa komuniti perniagaan India di Malaysia dengan menyediakan kemudahan dan sokongan kewangan menyeluruh kepada usahawan komuniti India daripada sektor PMKS di seluruh negara.
“Diharapkan pelancaran program pembiayaan ini dapat memberi kelegaan dan penyelesaian kepada usahawan PMKS untuk meneruskan perniagaan mereka serta menjadikan perusahaan mereka lebih progresif, komprehensif dan bersepadu,” katanya. – Media Telus
#USAHAWAN #INDIA #KUSKOP
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm