Berita Viral
'Saya menangis sekuat-kuatnya bila peti besi hilang' - Rumah Kieda Crepe dipecah masuk, perompak bawa lari barang kemas RM800,000
KUALA LUMPUR 3 Jun - Nasib malang menimpa seorang usahawan apabila rumahnya dipecah masuk penjenayah sehingga menyebabnya menanggung kerugian lebih RM800,000 pada April lalu.
Perkara itu didedahkan oleh Siti Nur Khalieda Yusra iaitu pemilik Kieda Crepe di beberapa platform media sosial miliknya pada malam Ahad selepas 40 hari kejadian itu berlaku.
Dia yang lebih mesra disapa Kieda berkata, kejadian berlaku pada 25 April lalu, antara jam 8 hingga 11 malam di rumahnya yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Difahamkan, kejadian tersebut disedari mereka ketika pulang ke rumah selepas selesai berniaga.
"Pada hari berkenaan, kami baru balik ke rumah pada jam 11.40 malam. Suami, Mohd Hilmy Mohd Zaki masuk ke rumah dahulu sementara saya dan anak-anak berada di dalam van.
"Suami menyedari ada yang tak kena dengan rumah kami apabila mendapati keadaan rumah tidak seperti biasa kerana langsir terangkat dan ada baju kurung atas kusyen.
"Ini kerana, pada jam 7 malam hari sama, dia pulang ke rumah untuk menyediakan keperluan anak dan mengemas rumah," katanya.
Ujar Kieda, selepas mendapati ada sesuatu berlaku, suaminya meminta dia menghubungi sepupunya yang tinggal berdekatan untuk bantuan.
"Dia juga menyuruh saya dan anak-anak tunggu di dalam van dan mengunci pintu untuk keselamatan. Suami dan sepupu telah memeriksa sekeliling rumah dan mendapati salah satu tingkap telah pecah.
"Suami periksa pada tingkap, nampak kesan cungkil dan disepak. Suspek hanya menggeledah bilik. Kami mengesyaki penjenayah baru masuk kerana kesan tapak kasut masih basah dan bau badan yang sangat busuk," tambahnya lagi.
Jelas usahawan itu lagi, dia dan suaminya hanya menyedari peti besi yang mengandungi barang kemas bernilai RM800,000 hilang ketika mengemas bilik tidur yang berselerak diselongkar penjenayah.
"Selepas mengemas bilik, baru kami
sedar ada satu barang saja yang hilang iaitu peti besi. Saya dan suami menangis sekuat-kuatnya selepas menyedari peti besi hilang.
"Peti besi anggaran berat 200 kilogram itu disimpan di dalam almari. Di dalam peti besi itu ada semua barang kemas saya. Selepas keluarga dan kakitangan datang ke rumah, baru kami berdua ke balai polis untuk buat laporan," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden Zulkeflee Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Kata Zulkeflee, polis menerima dua laporan polis daripada mangsa iaitu pada hari kejadian dan dua hari selepas kejadian.
"Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan tiada sebarang petunjuk berikutan tujuh cap jari yang ditemui di lokasi kejadian, tiada di dalam pangkalan data kami.
"Selain itu, kamera litar tertutup di rumah mangsa juga telah rosak untuk membolehkan kami menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya lagi.
Beliau menambah, jumlah kerugian masih belum dapat disahkan berikutan polis belum menerima dokumen barangan yang hilang tersebut.
Jelas beliau, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - Media Telus
#KIEDACREPE #PECAHMASUK #RUMAH
Berita berkaitan
October 29, 2024, 4:54 pm
Ingatkan mayat hidup, rupanya lelaki berlatih mati dalam keranda di Baling
October 28, 2024, 8:53 am
Polis siasat motif 2 lelaki letak kepala babi atas kaunter roti canai
October 17, 2024, 2:23 pm
Lelaki selamba tayang pistol lepas berang ditegur merokok di Puchong
October 8, 2024, 11:15 am
(VIDEO) Jijik! Peniaga roti canai selamba basuh kuali guna air longkang
October 4, 2024, 3:44 pm
(VIDEO) Jalan Masjid India tular lagi, hujan lebat bikin penutup simen nak melambung
October 3, 2024, 3:12 pm
Penghawa dingin ‘overheat’, penerbangan Firefly ke Pulau Pinang terpaksa patah balik ke Subang
September 6, 2024, 11:28 am
Polis tahan 'Abang Bas' muat naik hantaran 'crush budak sekolah rendah'
August 26, 2024, 1:30 pm
Najis dalam longgokan ikan bilis, Econsave segera lupus produk, ketatkan pemeriksaan
July 24, 2024, 11:04 am