TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Mi goreng lagi murah', pelanggan terkejut harga segelas teh o ais sampai RM11

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 June - Kecoh sekejap di media sosial hari ini apabila seorang pelanggan sebuah restoran meluahkan rasa terkejut apabila dicaj sehingga RM11 bagi segelas teh o ais.  

Gambar resit pembayaran itu dimuat naik Nur Elena dalam kumpulan Facebook sehingga mendapat banyak reaksi warganet yang tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan itu. 

Difahamkan, kedai makan itu terletak di bangunan yang popular sebagai lokasi acara terbesar termasuk antarabangsa di negara ini.

Berdasarkan resit berkenaan, pelanggan itu memesan tiga jenis menu iaitu lontong, mi goreng dan juga teh O ais dan dikenakan bayaran sebanyak RM29.

Harga secawan teh O ais adalah RM11 yang dikatakan terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Rata-rata warganet turut meninggalkan komen pedas sambil menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memeriksa premis terbabit.

“Harga air lagi mahal berganda dari makanan. Dia ingat pelanggan ni tak pandai ke?,” kata Idayu Deh. 

“Salah tekan ke apa ni? Bukan order banyak sangat sampai boleh silap,” kata Fariha Hasni.

"KPDN dah boleh jenguk la kedai ni. Mana boleh nak caj macam tu sekali. Aniaya pelanggan ni,” kata Meor Shah. - Media Telus

 

#viral #tehoais #mahal 

+ - reset