TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Denda RM20,000 tunai haji tanpa permit berkuat kuasa semalam

By
|
Kongsi
image

RIYADH 3 Jun - Individu termasuk warganegara Arab Saudi yang didapati menunaikan haji tanpa permit akan dikenakan denda 10,000 Riyal Saudi (RM 12,551) berkuat kuasa semalam.

Arab Saudi mula mengenakan penalti terhadap jemaah yang yang melanggar peraturan itu berkuat kuasa hingga 20 Jun ini.

Antara kawasan yang termaktub dalam peraturan tersebut ialah kota suci Mekah, Stesen Kereta Api Haramain dan pusat-pusat pemeriksaan keselamatan.

Jemaah haji warga asing  pula akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman dan mereka dilarang memasuki Arab Saudi untuk tempoh tertentu.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, pesalah yang melakukan kesalahan berulang akan dikenakan denda dua kali ganda.

Arahan itu dikuatkuasakan supaya jemaah haji sedar  mengenai kepentingan mematuhi peraturan dan arahan haji supaya para jemaah dapat mengerjakan  ibadah berkenaan dengan selamat dan aman.

Selain itu, individu yang ditangkap kerana membantu jemaah haji tanpa permit berdepan hukuman lebih berat iaitu penjara enam bulan dan denda  50,000 Riyal Saudi (RM 62,760).  – AGENSI

#ARABSAUDI #JEMAAH #HAJI #UMRAH

+ - reset