Berita Dunia
Israel terus bongkak, tak akan patuhi resolusi gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB
BAITULMUQADIS 26 Mac - Israel tidak akan mematuhi resolusi gencatan senjata yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin.
Menteri Luar Israel. Israel Katz dengan bongkak berkata, Tel Aviv tidak akan menghentikan serangan ke atas Gaza.
“Negara Israel tidak akan berhenti menyerang. Kami akan memusnahkan Hamas, dan akan terus berjuang sehingga semua tebusan pulang ke rumah,” tegas Katz dalam satu kenyataan di akaun X.
UNSC meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza semasa bulan suci Ramadan yang sudah bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir pada 9 April ini.
Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, dibentangkan oleh 10 ahli Majlis yang dipilih manakala Amerika Syarikat (AS) buat pertama kali berkecuali dan tidak menggunakan kuasa veto seperti tiga kali proses pengundian sebelum ini.
Kandungan resolusi menggesa pelaksanaan gencatan senjata segera dan secara kekal selain menuntut pejuang Hamas membebaskan baki tawanan di Genting Gaza.
Sejurus keputusan undi itu diumumkan, seluruh dewan turut bergema dengan tepukan.
Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan telah membatalkan lawatan delegasi negara itu ke AS selepas resolusi UNSC untuk gencatan senjata Gaza diluluskan.
Menurut penyiar awam Israel KAN, Netanyahu membatalkan lawatan delegasi itu selepas AS tidak menggunakan kuasa veto terhadap resolusi itu.
Satu kenyataan oleh pejabat Netanyahu berkata, keputusan AS membenarkan resolusi itu diluluskan adalah “pengunduran yang jelas daripada kedudukan AS yang konsisten dalam Majlis Keselamatan sejak permulaan perang”.
Delegasi Israel dijadual melawat Washington untuk mendengar cadangan AS untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan di Gaza, serta alternatif kepada serangan darat yang dirancang Israel di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Lawatan itu diumumkan berikutan perbualan telefon antara Netanyahu dan Presiden AS, Joe Biden minggu lalu.
Lebih 32,000 rakyat Palestin maut dalam serangan berterusan Isreal yang memasuki bulan ke enam sejak Oktober tahun lalu.
Seramai 85% penduduk Gaza menjadi pelarian selepas Israel memaksa mereka meninggalkan kediaman masing-masing di utara, tengah dan selatan Gaza.
Lebih 60% daripada infrastruktur di Gaza telah rosak atau dimusnahkan oleh Israel.- Agensi
#ISRAEL #PALESTIN #GENCATAN #SENJATA #NETANYAHU
Berita berkaitan
July 5, 2024, 5:05 pm
Parti Buruh menang besar PRU UK, dijangka bentuk kerajaan hari ini
July 4, 2024, 12:10 pm
Demam Nil Barat serang Israel, ragut 11 nyawa, ratusan dijangkiti
July 3, 2024, 2:38 pm
Peraturan bekerja 6 hari seminggu mula dikuat kuasa
July 2, 2024, 12:26 pm
4 sekeluarga termasuk 3 budak hanyut dibawa kepala air, pengantin baru terselamat
June 28, 2024, 12:26 pm
Ibu ayah pukul anak hingga maut sebab tertumpahkan air, tanam mayat sebelah rumah
June 27, 2024, 12:32 pm
AS kembalikan AS$100 juta dikaitkan dengan 1MDB kepada Malaysia
June 24, 2024, 12:16 pm
Cuaca panas melampau, angka kematian jemaah haji musim ini cecah 1,300 orang
June 12, 2024, 4:20 pm
Lebih 1.5 juta umat Islam tiba di Arab Saudi untuk tunaikan haji
June 10, 2024, 11:00 am
Remaja rebah paru-paru pecah akibat hisap vape
June 9, 2024, 11:13 am