Berita Dunia
Insiden korban Presiden Iran tiada unsur sabotaj - Penyiasat tentera
TEHRAN 30 Mei - Penyiasat tentera Iran tidak menemukan bukti mengenai sebarang letupan yang disebabkan oleh sabotaj atau serangan siber dalam nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya bulan ini.
Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan bahawa Staf Am Angkatan Tentera Iran pada Rabu mengeluarkan laporan kedua mengenai nahas pada 19 Mei itu, yang juga membunuh Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan lain-lain.
Menurut laporan itu, berdasarkan pensampelan dan ujian yang dijalankan ke atas bangkai dan bahagian helikopter serta corak taburan serpihan dari badan utama, berlakunya letupan yang disebabkan oleh sabotaj semasa penerbangan dan saat-saat sebelum impak dengan lereng gunung, telah dikecualikan.
Selain itu, penyiasat memeriksa dengan teliti sebahagian besar dokumen berkaitan penyelenggaraan helikopter itu dan tidak menemukan masalah yang dapat dikaitkan dengan kemalangan itu, menurut laporan itu.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa kapasiti helikopter dari segi beban standard maksimum yang boleh dibawa pada saat berlepas dan sepanjang laluan penerbangan serta laluan pulang adalah dalam "had yang dibenarkan."
Mereka mendedahkan bahawa semasa penerbangan dan sehingga 69 saat sebelum nahas, hubungan dengan pesawat telah dikekalkan pada frekuensi yang ditentukan.
Laporan itu seterusnya menyatakan bahawa tidak terdapat tanda-tanda serangan siber terhadap helikopter presiden.
Staf Am yang mengeluarkan laporan awal mengenai insiden itu pada 24 Mei, menyatakan siasatan akan diteruskan sehingga punca utama nahas ditentukan dan hasilnya akan diumumkan. - Bernama
Berita berkaitan
January 30, 2025, 9:19 am
Mesir tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
January 29, 2025, 11:36 am
Air Busan terbakar sebelum berlepas, 169 penumpang, 7 kru terselamat
January 28, 2025, 12:22 pm
Microsoft mahu ambil alih TikTok - Donald Trump
January 21, 2025, 12:35 pm
Jantina tidak boleh diubah, Amerika Syarikat iktiraf lelaki dan perempuan sahaja – Donald Trump
January 21, 2025, 11:13 am
Trump angkat sumpah Presiden ke-47 Amerika
January 20, 2025, 9:31 am
Donald Trump umum TikTok akan kembali beroperasi di AS
January 20, 2025, 9:15 am
Hamas bebaskan 4 tebusan Israel, Israel lepaskan 90 tahanan Palestin pada hari pertama gencatan senjata
January 17, 2025, 2:24 pm
AS guna khidmat lebih 900 banduan padam kebakaran di Los Angeles
January 16, 2025, 2:08 pm
Saif Ali Khan cedera ditikam di rumah, penyerang larikan diri
January 15, 2025, 1:03 pm