Berita Dunia
Israel beri amaran perang di Gaza berlanjutan lagi 7 bulan
KAHERAH 30 Mei - Israel memberi bayangan perang Gaza mungkin berlanjutan selama tujuh bulan lagi berikutan tentera Zionis mula menggerakkan kereta kebal memasuki ke Rafah bagi meneruskan serbuan.
Kenyataan itu dibuat selepas Washington memaklumkan serangan di Rafah tidak membabitkan operasi darat besar-besaran yang akan mencetuskan perubahan dalam dasar Amerika Syarikat (AS).
Sejak Selasa lalu, buat pertama kalinya sebilangan kereta kebal Israel bergerak ke tengah-tengah bandar Rafah.
Tindakan Israel itu dengan jelas menunjukkan kedegilannya untuk akur dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan mereka menamatkan serangan ke atas bandar yang diisytiharkan 'zon selamat' itu yang menjadi tempat berlindung rakyat Palestin kini.
Keputusan ICJ itu juga menggesa Hamas membebaskan tebusan yang diambil dari Israel pada 7 Oktober dengan segera dan tanpa sebarang syarat.
Dalam masa sama, penduduk Rafah memaklumkan kereta kebal Israel bergerak masuk ke Tel Al-Sultan yang terletak di barat dan Yibna dan berhampiran tengah Shaboura sebelum berundur ke arah zon penampan di sempadan Mesir dan bukannya kekal seperti dilakukannya dalam siri serangan lain.
"Kami menerima panggilan kecemasan daripada penduduk di Tel Al-Sultan di mana dron menyasarkan rakyat yang berpindah ketika mereka bergerak dari kawasan tempat tinggal menuju ke kawasan selamat," kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Ambulans dan Kecemasan di Rafah, Haitham al Hams.
Sementara itu, pegawai kesihatan Palestin berkata, 19 orang awam terbunuh dalam serangan udara dan tembakan Israel semalaman di seluruh Gaza. - Agensi
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am