Berita Dunia
‘Serangan ke atas Rafah satu kesilapan’ - Netanyahu
BAITULMAQDIS 28 Mei – Selepas puluhan nyawa rakyat Palestin terkorban dan dibakar hidup-hidup di Rafah, Selatan Gaza, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengakui tindakan tenteranya adalah satu kesilapan kerana melakukan serangan udara di kawasan itu.
Netanyahu berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyebabkan kematian daripada serangan itu dan perkara itu akan disiasat.
Susulan itu, katanya Israel telah memindahkan kira-kira 1 juta penduduk Palestin yang disahkan tiada kaitan dengan Hamas.
"Di Rafah kami sudah memindahkan kira-kira satu juta penduduk bukan Hamas, walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk tidak mencederakan orang ramai, malangnya kesilapan tragis telah berlaku.
"Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan membuat kesimpulan kerana ini adalah dasar kami,” katanya.
Kenyataan Netanyahu itu mendapat respon tidak puas hati daripada beberapa anggota Parlimen Israel yang menjerit ke arahnya.
Bagi meredakan jeritan di Parlimen, Netanyahu berjanji untuk membawa balik semua tebusan Israel yang ditahan Hamas pada serangan 7 Oktober.
Sekurang-kurangnya 40 orang awam maut dan ramai yang lain cedera kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat pengeboman Israel ke atas khemah-khemah perlindungan mereka yang hilang tempat tinggal di barat laut Rafah, selatan Gaza, lapor agensi berita dan penerangan Palestin (WAFA).
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan mereka yang berada di dalam khemah ketika pengeboman terbakar hidup-hidup. - Agensi
#RAFAH #KESILAPAN #ISRAEL #PALESTIN
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am