TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Pearly-Thinaah buat kejutan tunduk beregu no.1 dunia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Mac - Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar kejutan apabila menumbangkan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di pusingan kedua Seluruh England, lewat malam tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-15 dunia mencatat kemenangan 22-20, 21-16 ke atas Qing Chen-Yi Fan sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir, menurut Berita Harian.

Ia merupakan kemenangan pertama mereka ke atas lawan berkenaan selepas tewas dalam lima pertemuan sebelum ini.

Bagaimanapun, Pearly menganggap ia turut dibantu dengan masalah kecederaan yang dialami Yi Fan dalam perlawanan itu.

“Kami memenangi perlawanan tetapi jelas ia dibantu dengan kecederaan yang dialami Yi Fan,” kata Pearly kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut Thinaah, mereka tidak membiarkan kekurangan dialami lawan mengganggu rentak permainan mereka.

“Kami hanya mengingatkan diri untuk fokus dan tidak terlalu memikirkan tentang kecederaan lawan. Ini semua mengenai melaksanakan strategi kami dengan baik dan mengurangkan kesilapan kami,” katanya.

Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto bagi perebutan tiket ke petang ini.

Mereka tewas kepada beregu ke-11 dunia itu pada pertemuan terakhir di suku akhir Masters Kumamoto di Jepun pada November tahun lalu.

#badminton #pearly #thinaah #AllEngland #mediatelus 

+ - reset